Showing posts with label Kangkung. Show all posts
Showing posts with label Kangkung. Show all posts

Monday, 3 February 2014

CIMB menaiktaraf segala sistem

Raya Cina baru ni CIMB punya sistem semua DOWN dan melumpuhkan semua jenis transaksi berkaitan CIMB. Ada jugak yang sengal & ckp "ooo kita gunalah ATM bank lain" penat nak explain dgn org yg x faham maksud SISTEM.

Ok, aku bkn lah pekerja CIMB or ada share dgn CIMB tp aku mmg CIMB customer dari dulu kini dan selamanya. Which is aku rasa sgt senang & user friendly.

Berbakul makian CIMB dapat masa sistem dorang down yang membawa makna Bank mereka sangat diperlukan oleh Rakyat Malaysia.



Aku buat sikit info yg senang di fahami kat bawah ni.

1. Akaun nombor anda akan bertukar.

- kalau nak detect no acc lama, sila ke branch cimb,login cimbclicks or lain2 website cimb, and kalau mmg sengal xtau guna PC sgt, call jelah Call Center CIMB 1300 880 900 


2. Bayaran berjadual

- Kalau yang dah set payment dia pd 1 tarikh setiap bulan pastu tarikh tu jatuh pd hari yang dia upgrade tu, JANGAN BIMBANG kerana payment anda akan di process seperti biasa TETAPI jika anda tiba2 nak cancel payment tu semasa process upgrading, mmg TAK DAPEK den nak nolong.

3. Kalau kad bank dan2 lak hilang time upgrade tu, pun sama, call jer Call Center dia mcm no kat atas tadi. Boleh kata Call Center tu hanya untuk yang malas cari jawapan dalam FAQ la. Sian budak2 call center . haha what to do, you paid for that! Tahan Telinga..




Ok sekian terima kasihhhh.. 



Thursday, 30 January 2014

Alasan-Alasan Melayu Tak Dapat atau Tak Nak Kerja

Tak Nak Kerja

1. Jauh dari rumah - pg la menyewa. kau dah knp? smp bila nk duk bwh ketiak mak bapak

2. Kerja kena banyak berdiri - so?? kau cacat ke smp xleh berdiri.. takkan la kau kena jadi guard kat Istana Negara. Klau kerja nak duduk je nanti jadi gemok laa.. nampak x positif nya kat situ

3. Tunggu permohonan - Ni kekdahnya dia rasa dia apply satu, then confirmed dapat la kan?? pastu xyah apply lain dah. Sengel

4. Terlalu fikirkan pandangan orang lain. - Contoh : Kalau kerja kilang, nanti orang cakap kita org Nepal. hurmm kalau kau kerja, gaji kau masuk akaun Nepal tu ke? Masuk akaun bank orang yang cakap2 tu ke..Tanya balik diri sendiri.



5. Tak Dapat Cuti Sabtu Ahad - kau rasa kau cantik???? Cikgu pun tak cuti Sabtu Ahad dah sekarang nok!!!!!

6. Takde transport - naik la tren, bas, ketapi, macam2 public transport ada. Yang sebenarnya kau malas nak menunggu menda alah tu semua kan? Nak senanggg je.. susah sikit tak boleh

7. Tempat kerja panas, takde ekon - hahaha macam la rumah kau pasang aircond memanjang. Think +ve ( Sauna & Burn Kalori semasa bekerja. Sihat maaa)

8. Environment & kawan2 tak best - Nak kerja ke nak berkawan? klau lepak je dgn kawan2, dapat duit x.





Tak Dapat Kerja

1. Experience Needed - kesian gak kat yg xde pengalaman kan. Tapi apa salahnya mohon jugak & nyatakan hasrat untuk belajar benda baru dengan bersungguh-sungguh. Gituhhh!

2. No headgear - Dushh dushh untuk yang pakai tudung? Disqualified terus. Kolot sangat company yang buat macam ni. Maybe dia jual rambut kot.. Whatever!

3. Chinese Only - bukan nak racist tapi klau korang buat "Job Searching" memang banyak jumpa ini. Siap ada elaun lagi kalau yang boleh cakap Mandarin. Yang bukan melayu terus rasa down.

4. Degree only.. bla bla bla.. - padahal yang SPM holder tu dah kerja banyak tempat & quality lagi bagus dari yg baru kuar U tu..

5. Demand gaji tak agak2 - Fresh graduate Degree mintak gaji 4000. Kalau pointer kau 4.0 jer every sem tu mcm boleh pertimbangkan jugak la kan.. ini cukup2 makan je kottt...

6. Banyak syarat yang dia tetapkan kalau di ambil bekerja - Cth : xnak kerja lebih masa, xnak kena transfer, xnak kerja shift. Amboii kau!

Ok itu je yang ku dapat fikir.. klau korang ada lg alasan2 yang penah diguna pakai , ape lagi sila tambah.. ok daaaa...

Saturday, 25 January 2014

Mengapa Isteri Berani Curang

Assalamualaikum semua.. tetiba dtg ilham aku nk tulis ttg rumahtangga pulak mlm ni.. huk huk
Bukan ape..sbb aku ada jmp...ada yg aku kenal.. berani berlaku curang walaupun dah bergelar isteri atau ibu..
Entri kali ni aku nk share ape antara sebab2 isteri ni BERANI berlaku curang & x takut instant punishment yg Allah BOLEH bg kt dunia ni gak..
1. Isteri diberi terlebih kebebasan hingga lupa status diri.
   *kerja smp mlm, bergaul dgn kwn2 suami mcm kwn2 sendiri, suami x ambil berat soal jaga aurat / pergaulan isteri.
2 Isteri sering disakiti dgn kecurangan suami.
   * this one is the most popular reason la yg aku dgr.. sbb ape jd camni? Sebab isteri kononnya nam balas dendam or bg husband dia rasa ape yg dia rasa. Mcm budak2 skit tp hakikatnya mmg ada yg buat..
3. Isteri bersikap "Can't Say No"
  * ini juga bahaya.. sebab ada sesetengah wanita tidak pandai menolak permintaan atau perlawaan seseorang dgn alasan - takut dia kecil hati. Tapi sebenarnya klau dia mmg adaa sifat no 1 td, dia xkan kisah soal "minta izin"
4. Terjumpa kekasih lama
   * wahhhh kes ini mmg jd dlm org terdekat aku.... Huhuhu dan tak sangka cinta yg bertaut kembali ni kdg2 lebih "menggembirakan" bg sesetengah wanita.  Ini sebenarnya dipengaruhi oleh faktor kebosanan dlm rumahtangga. Kerana tiada lg ANGAU mcm masa bercinta dulu.. tp bila jmp ex, story psl dulu2.. akan timbul isu "ingin membina kembali & perbaiki kisah lama" puiiii...
5. Isteri yg tidak pernah puas
   * Jeng jeng jeng.. bkn puas itu.. tp mungkin dr segi kewangan. .kesenangan. .kemewahan. . Masalah kewangan dlm rumahtangga juga boleh jd punca isteri beralih arah.  Tetapi tidak kpd isteri yg taat. Isteri yg tidak taat suka mengambil jln mudah iaitu - cari je jantan lain yg lebih kaya..anak blh buat baru.. hebat kan?? Haha

Btw..siapa pun anda.. siapa pun yg anda cintai, jadikan mereka org yg paling bermakna dlm hidup & belajar menghargai. .kerana insan yg dihargai akan memberi pulangan yang tidak anda jangkakan... baik atau buruk.. 

Ok.. see u next entri..Good Night..