Tak Nak Kerja
1. Jauh dari rumah - pg la menyewa. kau dah knp? smp bila nk duk bwh ketiak mak bapak
2. Kerja kena banyak berdiri - so?? kau cacat ke smp xleh berdiri.. takkan la kau kena jadi guard kat Istana Negara. Klau kerja nak duduk je nanti jadi gemok laa.. nampak x positif nya kat situ
3. Tunggu permohonan - Ni kekdahnya dia rasa dia apply satu, then confirmed dapat la kan?? pastu xyah apply lain dah. Sengel
4. Terlalu fikirkan pandangan orang lain. - Contoh : Kalau kerja kilang, nanti orang cakap kita org Nepal. hurmm kalau kau kerja, gaji kau masuk akaun Nepal tu ke? Masuk akaun bank orang yang cakap2 tu ke..Tanya balik diri sendiri.
5. Tak Dapat Cuti Sabtu Ahad - kau rasa kau cantik???? Cikgu pun tak cuti Sabtu Ahad dah sekarang nok!!!!!
6. Takde transport - naik la tren, bas, ketapi, macam2 public transport ada. Yang sebenarnya kau malas nak menunggu menda alah tu semua kan? Nak senanggg je.. susah sikit tak boleh
7. Tempat kerja panas, takde ekon - hahaha macam la rumah kau pasang aircond memanjang. Think +ve ( Sauna & Burn Kalori semasa bekerja. Sihat maaa)
8. Environment & kawan2 tak best - Nak kerja ke nak berkawan? klau lepak je dgn kawan2, dapat duit x.
Tak Dapat Kerja
1. Experience Needed - kesian gak kat yg xde pengalaman kan. Tapi apa salahnya mohon jugak & nyatakan hasrat untuk belajar benda baru dengan bersungguh-sungguh. Gituhhh!
2. No headgear - Dushh dushh untuk yang pakai tudung? Disqualified terus. Kolot sangat company yang buat macam ni. Maybe dia jual rambut kot.. Whatever!
3. Chinese Only - bukan nak racist tapi klau korang buat "Job Searching" memang banyak jumpa ini. Siap ada elaun lagi kalau yang boleh cakap Mandarin. Yang bukan melayu terus rasa down.
4. Degree only.. bla bla bla.. - padahal yang SPM holder tu dah kerja banyak tempat & quality lagi bagus dari yg baru kuar U tu..
5. Demand gaji tak agak2 - Fresh graduate Degree mintak gaji 4000. Kalau pointer kau 4.0 jer every sem tu mcm boleh pertimbangkan jugak la kan.. ini cukup2 makan je kottt...
6. Banyak syarat yang dia tetapkan kalau di ambil bekerja - Cth : xnak kerja lebih masa, xnak kena transfer, xnak kerja shift. Amboii kau!
Ok itu je yang ku dapat fikir.. klau korang ada lg alasan2 yang penah diguna pakai , ape lagi sila tambah.. ok daaaa...


No comments:
Post a Comment