Friday, 2 May 2014

Kuey Teow Kungfu


Hi all.. Entry ni sepatutnya dah post 34 tahun lepas.. haha tp sbb bz terus lupa. Rendam je kat dlm DRAFT. Hari ni baru PUBLISH. Mak aku suh aku jual.. sebab dia kata SEDAP. Kalau tukang masak Jengka yang disegani dah cakap SEDAP, aku x yah komen la.. ngap jer sambil seluar koyak kena puji... kakaka.. Ok Sila lah try!!


bahan-bahan untuk kuah :
putik jagung, karot,  kobis, kobis bunga, kailanudang, sotong, ayambawang merah, bawang putih, cili padicili merah, cili benggala hijausos tiramgaram dan perahan limau kasturi secukup rasa1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)1 sudu lada sulah & air

cara penyediaan : 
  • bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
  • masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
  • kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
  • akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :
kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :
  • ambil kuey teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
  • masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
  • gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.

2 comments:

  1. ini tak pernah buat.. leceh sikit kan

    ReplyDelete
  2. aah.. byk bahan nak kena prepare la.. tp sbb mak suka sgt makan.. demi ibu la kiranya..hehehe

    ReplyDelete