Tuesday 21 October 2014

Birthday Treat at Grand Lexis Port Dickson

Yuhuuuuu... On July kami pergi bercuti..dekat dgn rumah.. mahal sikit tp utk have fun with privacy, we all ON jer...

Seronok sgt sebab boleh mandi kolam tanpa risau orang tgk kita pakai ape..hahah itu sebab sebenarnya kan??

Ok.. Nah pic aku belanja..hehe

Jalan-jalan & Lunch tepi pantai PD, area PD Water Front


Yeayyy dah sampai and check in..posing-posing & posing lagi.. feeling2 cantik la sikit. haha

Ok, ni bilik kami, Garden Pool Villa...awesome!!!!! 2 king bed uols...

And ini pool yang aku duk terjun2 mcm terjun kat Sungai Pahang ( Eh, pernah pulak aku terjun Sungai Pahang  tu kan?? hahha


Keluar bersantai-santai dengan shuben..perghh shuben kata kau.. 

Rasa mcm honeymoon sikit..sikit laaa..hehe

Kami balik and start berendam.. bogel uols..hahha matylar...keruh air kolam Grand Lexis Port Dickson ni..haha

Second day, bawak Naufal pergi breakfast and jalan sebelum bersiap nak balik..
Eh, sebelum balik terjun kolam lagi.. maklum la seronok sgt dpt mandi private pool..batak kejap..hahaha

Get ready to check out. Overall, mmg best and berbaloi.. Sehingga berjumpa lagi.. Next time nak pg dengan kawan2 pulakk.. We have so much fun!! 

Di bawah di sertakan rate masa kami pergi ritu ( haha bulan June 2014 ) dah 4 bulan baru nak update dlm blog.. Harga ni dah tolak 15% discount. Government rate la katakan..so kalau nak harga asal, korang tambah la 15%. 

This price valid until 31st December 2014

Ok, sampai sini dulu. Jumpa di entry lain. Salam sejahtera.
Bye....


p/s: to get more room details, you may click =>  GRAND LEXIS PORT DICKSON




Thursday 21 August 2014

Royal Chicken Sandwiches

Hi all.. Salam sejahtera keatas kamu semua.. heee..

Semalam aku buat Royal Chicken Sandwiches (RCS) ni sebab dah 2-3 ari mak aku ckp "sedapnya kalau dapat makan Subway". Aku plak jenis tak boleh kalau dengar mak teringin nak makan itu ini..aku mesti buat. hehe sayang kot mak kita..Aku pun beli lah barang2 nak buat kat Giant Senawang smbil2 survey novel kat MPH.. *Owhh aku pun peminat novel* - penulisan2u & kakinovel


Bahan utama :

1) Dada ayam
2) Roti Perancis atau Crossaint atau Roti Sosej

Bahan perapan ayam :

Tumbuk Bawang merah + Bawang putih + Serai ( hiris & tumbuk bersama ) + Lada Hitam
Serbuk Ketumbar
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Kari
Butter sedikit ( untuk serasi kan rasa )
Garam
Mixed Spice
Rosemary Kering

*Campur semua bahan & perap semalaman

Salads :

Lettuce
Tomato ( hiris )
Timun ( hiris )
Lada benggala ( hiris
Cili jeruk
Thousand Island Sauce



Bahan untuk sos :

Tomato Puree
Cili Kisar
Bawang Merah atau Bawang Holland potong dadu
Bawang putih
Garam
Gula
Sos Cili
Lada sulah

Cara membuatnya :

Grill Ayam dengan api perlahan & sedang..kena pandai main api la ye

Grill Chicken

Dalam kuali yg lain, tumis bawang yg di potong dadu hingga naik bau
Masukkan cili kisar mengikut tahap kepedasan yang anda suka. Tumis hingga cili masak
Masukkan tomato puree 1 tin
Tumis hingga menggelegak sedikit.
Masukkan garam , gula, lada hitam
Masukkan sos cili
Sesuaikan rasa

The Sauce
Sediakan roti - potong tengah untuk selit ayam n  sayur2.. Pandailah deco k...
Ayam tu hiris mcm gambar di bawah

Chicken Slice

Siapppppp!!! Boleh la di hidangkan... 




Yang ni bg pada jiran.. untung kan sape jdi jiran aku..haha


Selamat mencuba!!! 


Wednesday 20 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014 di Cameron Highlands

Assalamualaikum semua...

Thanks sbb sudi singgah blog saya ni..akibat terlampau byk sgt berangan, smp takde masa nak update. Ok, raya tahun ni giliran di rumah mertua.. tapi di sebabkan family mertua dah boring raya di rumah, kami merancang raya di tempat orang.. TETAPI tanpa mengganggu privacy orang.. so we choose CAMERON HIGHLANDS!!! Strawberiesssss... huhuh

Bertolak 26 July 2014 12:00 tgh ari.. oh yeahhhh jalan jem bagai nak mati.. pkl 7:30 PM baru sampai Tapah.. hambek kau...konon tak nak beraya kat umah kan, padahal orang lain semua berpusu2 balik kampung di utara..

7:30 PM tu kami berhenti berbuka ala kadar kat pam minyak, tetiba laku maggi cup station minyak tu..haha padahal sendiri punya yg di bawak byk giler dlm bonet..di sebabkan payah nak amik, kami beli je yg baru..

Kami teruskan perjalanan ikot Tapah je.. pkl 9:30 sampai Tanah Rata.. huhu.. kami menginap di Apartment Puncak Arabella... Muslim punya.. nice, bersih.. Tapi........... jeng jeng jeng.. biar lah komen tersebut di rahsiakan..

Hari ahad, 27 July 2014.. kami keluar bersiar2.. kami ke Butterfly farm.. Brinchang..! sejukk ooooooo...
Nak bawak g taman lebah keluar nnt masing2 bengkak muka..ekekekek

Posing dulu sebelum gerak


Bersama ipar duai ku

 

Bagi budak ni kenal sikit ngan rama2..

 

 Tejukkkkk- tejukkk



Cactus ni awesome la..



Then, kami ke Strawberries Farm depan Penginapan persekutuan.. beli eskrem yg singgit satu tu kan.. dap dap..

28 July 2014 : Hari Raya Aidilfitri yang pertama

Selepas bersalam2 di pagi raya.. selepas solat raya la..sbb aku tak pegi, so aku duk kat umah jela... makan2 di pagi raya...Kami pun keluar berhari raya..kebetulan aku ada kawan yg memang kampung nya di Cameron Highlands... Dan rumah dia block sebelah je dgn Apartment yg kami sewa tu..



Naufal with Atuknya..Atuk kata muka dorang sebijik..haha belasah la Tokk


Lepas dah siap2 and check out..memandangkan Tuan Rumah tu tak sabar-sabar suruh check out macam lah aku nak duduk terus rumah dia kan..?? Kami berangkat ke Bharat Tea.. lepak2 minum tea...

Posing dulu sebelum gerakk

                                                  

Bersama Biras-Biras


Naufal paling happy


Ni adik beradik husband


3 sepupu..semua jantan..


Haha Ayah & Ibu Mertuaku.. Dato' Mad Noor & Datin Zainab


Pose!!!!



"Ku ciummu di Ladang Teh" tajuk nya


Anak aku mmg keje nya senyum jer


Dah settle kami turun and kembali ke Selangor beraya dengan saudara mara... Happy Eidulfitri to all


Tuesday 20 May 2014

Spagethi Daging Cincang Simple Habis

Spaghetti yang aku masak paling malas ni pun ada gak yang minta resipi. Haha.. oklah.. silakan...

Bahan2 : 

1. Sebungkus spagethi ( rebus + masukkan myk & garam )
2. Satu tin puri tomato
3. Sos Cili
4. Bawang Hollan ( Potong dadu )
5. Daging Cincang
6. Cendawan dalam tin ( hiris )
7. Cili kering yg di kisar
8. Garam & Gula

Cara2 Buat :

* Tumis bawang holland yg di potong dadu
* Masukkan daging cincang tumis hingga agak2 masak
* Masukkan cili kering yang di kisar ( ikut kepedasan yg di mahukan )
* Masukkan tomato puri

Biarkan bahan2 dah menggelegak sikit.. Then...

* Masukkan cendawan butang yg di hiris ( cendawan dlm tin tu jer )
* Masukkan cili sos - Brand Life sedap sikit hehehe
* Masukkan garam & rasa
* Masukkan gula sikit

Tips : Tomato puri utk rasa tomato yg lazat.... ianya masam2 sikit & BUKANNYA untuk tambah kuah. sbb nnt jadi masam kalau terlebih letak.

Siapppp... boleh la hias kalau nak hias..

*pic ni aku google je.. sbb masa buat spageti ni aku xlah rasa special sgt smp nak amik gambor n post kat FB..wahahaha tp lebih kurang camni la rupa dia..

Friday 2 May 2014

Kuey Teow Kungfu


Hi all.. Entry ni sepatutnya dah post 34 tahun lepas.. haha tp sbb bz terus lupa. Rendam je kat dlm DRAFT. Hari ni baru PUBLISH. Mak aku suh aku jual.. sebab dia kata SEDAP. Kalau tukang masak Jengka yang disegani dah cakap SEDAP, aku x yah komen la.. ngap jer sambil seluar koyak kena puji... kakaka.. Ok Sila lah try!!


bahan-bahan untuk kuah :
putik jagung, karot,  kobis, kobis bunga, kailanudang, sotong, ayambawang merah, bawang putih, cili padicili merah, cili benggala hijausos tiramgaram dan perahan limau kasturi secukup rasa1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)1 sudu lada sulah & air

cara penyediaan : 
  • bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
  • masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
  • kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
  • akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :
kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :
  • ambil kuey teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
  • masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
  • gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.

Bisnes Sebab Nak Jaga Anak Depan Mata & Bukannya Pegi Opis

Salam all... aku sebenarnya ada hasrat nak berhenti kerja dan meniaga nasi lemak je. haha.. ini HASRAT ok, bukan angan2. Niaga nasi lemak tu aku nak buat mcm langkah pertama sebelum berlari dengan bisnes lain.

Banyak bisnes yang aku survey yang x berisiko sangat tp boleh untung. Especially bisnes MAKAN la...
Antara bisnes yg aku nampak :

1. Niaga Breakfast 
- Nasi Lemak / Soto / Kuih Muih. Aku ada satu idea rare tapi x leh la nak share nnt dah tak rare laa.. huhi




2. Jual Air / Kuih Pau petang2
- Ini pun boleh jalan jugak sebab Malaysia ramai orang gemuk mcm aku..hahaha lps lunch pun dah fikir ape makanan utk minum petang. So, pau pun sedap n kenyang nak menyampai ke DINNER time kan

3. Jual Santan!
- Ini mmg aku suka. dapat mesin santan satu, van satu (utk angkat kelapa) bisnes kecik2 kan.. guna Van la dulu. serius laku.. tapi kena tahu la nak ambik kelapa kat mana.. kabel kena kuat gak.. huhu.. so mulai esok aku tanam satu pokok kelapa.. sehari satu. agak2 bila aku leh dpt buah nya ek.. wahahahaha #BERANGAN


4. Jual Nasi Campur Makan Tengahari TAPI secara delivery!!!
- sesuai utk orang opis yang malas nak kluar makan dengan 1001 alasan.. sbb panas la.. jauh la.. x sempat la.. haaaaaa dengan penghantaran mesti ramai sudi order. Hanya sediakan duit je. Menu.. Email or WhatsApp the menu list pada orang2 opis yang biasa beli. Banyak lagi cara lain, boleh fikir2kan.. nak niaga kena BIJAK kan..?



5. Jual buah potong TAPI guna perkataan DIET sebagai attraction.
- Ini juga strategi. Berbalik pada tema orang Malaysia ramai yang gemuk. Semua ada keinginan untuk kurus walaupun Nan Hado.. haha tapi at least BUAH-BUAHAN mmg bagus untuk diet kan.. Lunch makan buah je.. So Jennifer Garner kau!! pastu niaga pakai mcm pompuan kat bawah ni, tak ke LAKU buah kau.. ahahahah



Ape2pun bisnes makan yang korang nak buat, make sure sentiasalah berwaspada disertakan dengan doa kepada Allah & amalkan doa pendinding.. Maklumlah.. dalam bisnes niaga ni la yang PALING hebat ilmu pengdengki nya.

Last week, kedai dekat2 umah aku tutup seminggu. Dia pg berubat sbb nasi2 dia yang baru masak bertukar jadi ULAT BERENGGA... Wallahualam..



Good Luck pada diri sendiri!!

Monday 3 February 2014

CIMB menaiktaraf segala sistem

Raya Cina baru ni CIMB punya sistem semua DOWN dan melumpuhkan semua jenis transaksi berkaitan CIMB. Ada jugak yang sengal & ckp "ooo kita gunalah ATM bank lain" penat nak explain dgn org yg x faham maksud SISTEM.

Ok, aku bkn lah pekerja CIMB or ada share dgn CIMB tp aku mmg CIMB customer dari dulu kini dan selamanya. Which is aku rasa sgt senang & user friendly.

Berbakul makian CIMB dapat masa sistem dorang down yang membawa makna Bank mereka sangat diperlukan oleh Rakyat Malaysia.



Aku buat sikit info yg senang di fahami kat bawah ni.

1. Akaun nombor anda akan bertukar.

- kalau nak detect no acc lama, sila ke branch cimb,login cimbclicks or lain2 website cimb, and kalau mmg sengal xtau guna PC sgt, call jelah Call Center CIMB 1300 880 900 


2. Bayaran berjadual

- Kalau yang dah set payment dia pd 1 tarikh setiap bulan pastu tarikh tu jatuh pd hari yang dia upgrade tu, JANGAN BIMBANG kerana payment anda akan di process seperti biasa TETAPI jika anda tiba2 nak cancel payment tu semasa process upgrading, mmg TAK DAPEK den nak nolong.

3. Kalau kad bank dan2 lak hilang time upgrade tu, pun sama, call jer Call Center dia mcm no kat atas tadi. Boleh kata Call Center tu hanya untuk yang malas cari jawapan dalam FAQ la. Sian budak2 call center . haha what to do, you paid for that! Tahan Telinga..




Ok sekian terima kasihhhh..