Tuesday, 20 May 2014

Spagethi Daging Cincang Simple Habis

Spaghetti yang aku masak paling malas ni pun ada gak yang minta resipi. Haha.. oklah.. silakan...

Bahan2 : 

1. Sebungkus spagethi ( rebus + masukkan myk & garam )
2. Satu tin puri tomato
3. Sos Cili
4. Bawang Hollan ( Potong dadu )
5. Daging Cincang
6. Cendawan dalam tin ( hiris )
7. Cili kering yg di kisar
8. Garam & Gula

Cara2 Buat :

* Tumis bawang holland yg di potong dadu
* Masukkan daging cincang tumis hingga agak2 masak
* Masukkan cili kering yang di kisar ( ikut kepedasan yg di mahukan )
* Masukkan tomato puri

Biarkan bahan2 dah menggelegak sikit.. Then...

* Masukkan cendawan butang yg di hiris ( cendawan dlm tin tu jer )
* Masukkan cili sos - Brand Life sedap sikit hehehe
* Masukkan garam & rasa
* Masukkan gula sikit

Tips : Tomato puri utk rasa tomato yg lazat.... ianya masam2 sikit & BUKANNYA untuk tambah kuah. sbb nnt jadi masam kalau terlebih letak.

Siapppp... boleh la hias kalau nak hias..

*pic ni aku google je.. sbb masa buat spageti ni aku xlah rasa special sgt smp nak amik gambor n post kat FB..wahahaha tp lebih kurang camni la rupa dia..

Friday, 2 May 2014

Kuey Teow Kungfu


Hi all.. Entry ni sepatutnya dah post 34 tahun lepas.. haha tp sbb bz terus lupa. Rendam je kat dlm DRAFT. Hari ni baru PUBLISH. Mak aku suh aku jual.. sebab dia kata SEDAP. Kalau tukang masak Jengka yang disegani dah cakap SEDAP, aku x yah komen la.. ngap jer sambil seluar koyak kena puji... kakaka.. Ok Sila lah try!!


bahan-bahan untuk kuah :
putik jagung, karot,  kobis, kobis bunga, kailanudang, sotong, ayambawang merah, bawang putih, cili padicili merah, cili benggala hijausos tiramgaram dan perahan limau kasturi secukup rasa1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)1 sudu lada sulah & air

cara penyediaan : 
  • bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
  • kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
  • masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
  • kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
  • akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :
kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :
  • ambil kuey teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
  • masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
  • gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.

Bisnes Sebab Nak Jaga Anak Depan Mata & Bukannya Pegi Opis

Salam all... aku sebenarnya ada hasrat nak berhenti kerja dan meniaga nasi lemak je. haha.. ini HASRAT ok, bukan angan2. Niaga nasi lemak tu aku nak buat mcm langkah pertama sebelum berlari dengan bisnes lain.

Banyak bisnes yang aku survey yang x berisiko sangat tp boleh untung. Especially bisnes MAKAN la...
Antara bisnes yg aku nampak :

1. Niaga Breakfast 
- Nasi Lemak / Soto / Kuih Muih. Aku ada satu idea rare tapi x leh la nak share nnt dah tak rare laa.. huhi




2. Jual Air / Kuih Pau petang2
- Ini pun boleh jalan jugak sebab Malaysia ramai orang gemuk mcm aku..hahaha lps lunch pun dah fikir ape makanan utk minum petang. So, pau pun sedap n kenyang nak menyampai ke DINNER time kan

3. Jual Santan!
- Ini mmg aku suka. dapat mesin santan satu, van satu (utk angkat kelapa) bisnes kecik2 kan.. guna Van la dulu. serius laku.. tapi kena tahu la nak ambik kelapa kat mana.. kabel kena kuat gak.. huhu.. so mulai esok aku tanam satu pokok kelapa.. sehari satu. agak2 bila aku leh dpt buah nya ek.. wahahahaha #BERANGAN


4. Jual Nasi Campur Makan Tengahari TAPI secara delivery!!!
- sesuai utk orang opis yang malas nak kluar makan dengan 1001 alasan.. sbb panas la.. jauh la.. x sempat la.. haaaaaa dengan penghantaran mesti ramai sudi order. Hanya sediakan duit je. Menu.. Email or WhatsApp the menu list pada orang2 opis yang biasa beli. Banyak lagi cara lain, boleh fikir2kan.. nak niaga kena BIJAK kan..?



5. Jual buah potong TAPI guna perkataan DIET sebagai attraction.
- Ini juga strategi. Berbalik pada tema orang Malaysia ramai yang gemuk. Semua ada keinginan untuk kurus walaupun Nan Hado.. haha tapi at least BUAH-BUAHAN mmg bagus untuk diet kan.. Lunch makan buah je.. So Jennifer Garner kau!! pastu niaga pakai mcm pompuan kat bawah ni, tak ke LAKU buah kau.. ahahahah



Ape2pun bisnes makan yang korang nak buat, make sure sentiasalah berwaspada disertakan dengan doa kepada Allah & amalkan doa pendinding.. Maklumlah.. dalam bisnes niaga ni la yang PALING hebat ilmu pengdengki nya.

Last week, kedai dekat2 umah aku tutup seminggu. Dia pg berubat sbb nasi2 dia yang baru masak bertukar jadi ULAT BERENGGA... Wallahualam..



Good Luck pada diri sendiri!!